BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

cita cita


dari kecil lagi kita telahpun ditanam dan dididik di dalam jiwa untuk menyulam apa yang ingin kita kecapi pabila sudah menjangkau usia dewasa.ibu bapa kita pasti akan bertanya apakah cita-cita anaknya pabila sudah dewasa.apa yang diidamkan pastilah suatu kerjaya yang mampu memberi kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

sama ada ingin menjadi doktor,pendidik,jurutera mahupun polis kesemuanya adalah satu nilai murni dalam kehidupan untuk mencapai apa yang diidamkan.dan sudah tentu itulah yang menjadi satu tujahan perasaan kita dalam mula-mula melangkah ke alam persekolahan. bukan sekadar ingin ketemu teman-teman baru tetapi termasuklah mempelajari apa yang baru di dalam kehidupan.satu proses pembelajaran yang lebih formal.

tapi realitinya ada juga di antara kita tidak ke arah apa yang mula di cita kerna setiap impian dan cita itu bukanlah senang untuk dicapai dan digenggam.semua kita tahu bukan senang untuk menjadi mudah dan dan bukan susah untuk menjadi perit dalam kamus kehidupan.paling penting untuk kita cepat sedar apa yang kita temui dalam kesalahan untuk saat membuat pilihan kehidupan dan kerjaya.

contohnya, dulu citanya ingin menjadi seorang doktor yang kita kira dan tahu tugasnya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa manusia.tetapi atas sebab terkandas dalam peperiksaan ataupun pelajarannya makanya cita-cita itu manjadi impian sahaja kerana akhirnya haluannya terpaksa ditukar kepada apa yang mampu dicita.

sebab itulah dalam kehidupan ini, segala yang kita impikan mahupun idamkan itu tidak semestinya akan kita peroleh.dan setiap perancangan tentang bingkisan masa depan itu tidak semuanya akan berjalan seperti biasa dan lancar.pasti akan ada dugaan ataupun halangan yang akan menimpa.

tapi ada juga di antara kita terus mula lemah dalam pencarian untuk kejayaan dalam kehidupan,jadi jangan menjadi sedemikian kerana kita setiap manusia pasti akan menemui saat kita untuk menempa kejayaan,tetapi yang membezakan kita semua adalah masa dan bagaimana kita akan menemuinya nanti.

*gambar ini adalah gambar sewaktu masih lagi belajar dalam jurusan sains

0 comments: