BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

sekilas dalam pemikiran...



sendirian dalam membuat keputusan itu kadang kala menjadikan kita semakin matang dan berani dalam meniti titian kedewasaan.seperti semakin berani ke hadapan dan menyatakan hasrat di hati dan sanubari untuk berhadapan dengan dunia penuh cabaran.

bukan mudah untuk melalui saat itu, namun ianya bukan sukar juga apabila kita tahu mengambil langkah yang betul dalam saat itu kerna setiap keputusan itu akan ada masalah dan kesannya. bersedia untuk menerima kesan buruk sekiranya ada namun masih percaya dan berfikir dengan positif...

jadi aku pun punya pelbagai ragam kehidupan yang perlu aku lalui.sekarang aku mula belajar untuk menerima arahan yang patut dipatuhi dan menurunkan keangkuhan dan egois ku yang selalunya akan memuji diri.

walhal itu bukan aku
jadi sekarang aku percaya semuanya mula berubah
mengikut peredaran masa dan usia
yang akan mengubah persepsi pemikiran ku sendiri...

0 comments: