BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

hari ini...12 oktober...hari berlalu lagi...

di saat aku menggerakkan jari untuk menaip canaan pemikiran ini, hujan di luar sememangnya galak turun pabila disergah oleh langit yang tak tahan menanggung lagi beban yang ada.kadang kala hujan yang turun ini memberikan aku saat untuk diri sendiri...untuk merasa detik tenang dan relaks diriku.setiap kita sememangnya perlu masa untuk merasa sendiri dan sehingga mungkin kita mampu untuk mendengar hembusan nafas kita sendiri dalam saat menikmati ketenangan ini...

pabila difikirkan kembali dari saat bermula aku nekad untuk bekerja...aku tersenyum sendirian...sekarang baru aku percaya...jika inginkan sesuatu maka pergilah kepadanya dan berusaha untuk mengambilnya walaupun kita takut dan kurang yakin apa yang akan kita perolehi dengan keberanian itu...dan aku tersedar sebelumnya aku masih lagi merasa takut dan malu dengan setiap tindakan yang aku lakukan dalam hidup.sekali lagi aku berasa bersyukur teramat kerna jika aku tidak melangkah dan nekad dengan pendirianku minggu lepas...sudah tentu aku masih lagi terkapai kapai dengan arah haluan yang tidak pasti ke mana akan aku tuju...itu yang pasti akan berlaku...

dan sekarang aku mula merasa lega dan seperti ada sedikit beban telah hilang di atas bahuku.sekarang tangan kanan aku masih lagi merasa sakit dan batuk pun belum sembuh sepenuhnya.bila difikirkan aku sekarang seperti terlalu kuat untuk berkerja di lodge ini.entahlah...mungkin dengan kerjanya yang nampak macam senang tapi sebenarnya tidak.aku sekarang terpaksa bertanggungjawab dengan beberapa kerja tentang pengurusan lodge jadi agak sibuk dan sakit kepala sedikit.kadang kala terpaksa mengambil sebiji paracetamol yang ku rasakan cukup memadai untuk menenangkan kepala aku seketika...tapi aku bersyukur juga kerana apa yang aku dapat sekarang termasuklah kerja dan kehidupan yang sementara ini tak pernah untuk aku rancang dan sedar akan aku menikmatinya.sememangnya ia semua memberi aku peluang untuk menjalani kehidupan yang berbeza daripada orang lain...siapa tahu...

hidup di kawasan antara kaum di negara kita ini merupakan satu rahmat untuk aku.aku dapat selami apa yang mereka ada dalam hidup dan aku boleh contohi apa yang patut untuk dijadikan panduan dalam hidup...benar kata orang...kaum cina ialah satu kaum yang mempunyai pengaruh motivasi yang kuat dalam hidup mereka...
bekerja di kawasan lorong jalan carpenter ini...satu pengalaman yang cukup manis dan aku seumpama orang asing yang sekarang ini cuba untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka...dan aku sememangnya ingin berlaku perkara yang sedemikian...

semua cerita dan apa yang aku rasa untuk setakat ini membuat aku menjadi sekilas tersenyum dan mula benar2 memikirkan tentang membina kehidupan...kehidupan atas usaha aku sendiri dan menjadikan aku menjadi lebih matang dan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran...dan dugaan...semoga semuanya akan menjadi baik dan dapat untuk aku terima dan jalani setiap detik daripadanya...


tuhan...
kau berikan aku petunjuk
pertolongan
dan tanda2 keinsafan...

kerna aku sememangnya terlalu mudah untuk melupakanmu...

amin

0 comments: