BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

saat mengapai bintang...aku hanya mampu melihat..

pada setiap malam sebelum melelapkan mata sudah semestinya kita akan memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam waktu hari itu

cuba untuk memahami setiap masalah yang telahpun dijalani dan tersenyum apabila terkenang dengan setiap kejadian indah yang telahpun terjadi

sungguh ironi dengan setiap mimpi mimpi itu yang membawa kita kepada alam lain yang mampu untuk mentafsirkan apa sahaja kenyataan mahupun ilusi yang bermain di fikiran

kiranya ada alasan untuk setiap apa yang terjadi mana mungkin kita manusia akan menjadi insan yang menyalahkan pada keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling kita

mungkin mudah untuk mengapai bintang yang ada di langit kerna ia nampak dan mengerdip terangnya
namun ada ketika jua bintang itu hilang di saat hamparan langit terbentang luas tenggelam dalam kegelapan malam ciptaan dan kehendak tuhan

hembusan nafas dalam kesejukan umpama usaha untuk mencuba mencipta cetusan keindahan dalam pemikiran agar hati dan perasaan akan sentiasa tenang dan mudah menerima detik detik peristiwa dalam kehidupan kerana kita ini manusia punya isi hati yang berlainan

mata ini selalu akan melihat kejadian dalam kehidupan sama ada ia mampu untuk dikira sebagai satu pengajaran ataupun sekadar berlalu menepi dalam kehidupan...

0 comments: