BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

saat mengapai bintang...aku hanya mampu melihat..

pada setiap malam sebelum melelapkan mata sudah semestinya kita akan memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam waktu hari itu

cuba untuk memahami setiap masalah yang telahpun dijalani dan tersenyum apabila terkenang dengan setiap kejadian indah yang telahpun terjadi

sungguh ironi dengan setiap mimpi mimpi itu yang membawa kita kepada alam lain yang mampu untuk mentafsirkan apa sahaja kenyataan mahupun ilusi yang bermain di fikiran

kiranya ada alasan untuk setiap apa yang terjadi mana mungkin kita manusia akan menjadi insan yang menyalahkan pada keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling kita

mungkin mudah untuk mengapai bintang yang ada di langit kerna ia nampak dan mengerdip terangnya
namun ada ketika jua bintang itu hilang di saat hamparan langit terbentang luas tenggelam dalam kegelapan malam ciptaan dan kehendak tuhan

hembusan nafas dalam kesejukan umpama usaha untuk mencuba mencipta cetusan keindahan dalam pemikiran agar hati dan perasaan akan sentiasa tenang dan mudah menerima detik detik peristiwa dalam kehidupan kerana kita ini manusia punya isi hati yang berlainan

mata ini selalu akan melihat kejadian dalam kehidupan sama ada ia mampu untuk dikira sebagai satu pengajaran ataupun sekadar berlalu menepi dalam kehidupan...

Friday, August 28, 2009

selamat ulang tahun sayang ( 10 ogos 2009 )


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Chorus
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Chorus

ps...mula2 dengar lagu nih...seram juak..hehe..sebab semacam jak bunyi nya...
then upanya sesuai juak lagu tok pake nyambut besday seorg dirik...hehe...
btw...sekrg dh 21...boleh la g mengundi...haha...n tiket utk "bebas" ckit bh....

salam kemerdekaan dan hari jadi..utk diri sendiri...hehe...xoxo

RAMADHAN...BULAN PENUH KEBERKATAN





UNTUK SEKIAN LAMA AKU TIDAK MENULIS APA APA DALAM TITIPAN INI...AKHIRNYA TIBA JUA KESEMPATAN...

BULAN MULIA INI MASA UNTUK KITA MENJADIKANNYA SEBAGAI IKTIBAR DAN REFLEKSI TERHADAP DIRI SENDIRI DALAM SETIAP PERBUATAN YANG TELAH KITA LAKUKAN DALAM SEPANJANG HIDUP KITA...

WALAUPUN SETIAP TINDAKAN ITU HANYA SEKECIL KUMAN SEKALIPUN NAMUN KADANG KALA KESANNYA BOLEH MENJADI SEBESAR YANG MUNGKIN DAN MEMPENGARUHI HIDUP KITA SAMA ADA UNTUK JANGKA MASA YANG PENDEK MAHUPUN PANJANG...

MALAM INI AKU JADIKAN WAKTU ITU UNTUK BERKONGSI KISAH DAN BERTUKAR BERITA BERSAMA TEMAN DI PLANET SAMBAL WALAUPUN HANYA MINUM CHOCO RINO TETAPI KABUS KEHANGATAN MINUMAN ITU MENEMANI DAN MENGIRINGI SETIAP PERKATAAN DAN UNGKAPAN DARI MULUT UNTUK BICARA MASING-MASING...

YANG KEDENGARAN JUGA ALUNAN MUSIK MUDA REMAJA DARI GRAPPA YANG MEMBAWA KEPADA PEMINATNYA KE DALAM ALAM YANG LAIN DARI YANG LAIN. SESUNGGUHNYA ALAM ITU ADALAH ALAM KHAYALAN MEREKA DAN MEMBAWA KEPADA PENGERTIAN KESERONOKAN SEMATA MATA...

KU HARAP DALAM BULAN INI AKAN KITA SEMUA TEMUI KEBERKATANNYA WALAUPUN SEKELUMIT KERNA ITU JUA YANG PERLU KITA HARAPKAN DARI TUHAN YANG MAHA ESA DAN BUKANNYA PEMBALASAN NYATA UNTUK SETIAP DOSA YANG TELAH DILAKUKAN KITA SEPANJANG DALAM PERJALANAN HIDUP...

DALAM TEMPOH SEBULAN INI
BIARLAH BERLAKUNYA KEAJAIBAN
DAN REZEKI YANG MELIMPAH
DARI MAHA ESA
AGAR KITA MAMPU UNTUK HIDUP
AMAN DAMAI
SEJAHTERA KEHENDAKNYA

DALAM SETIAP HEMBUSAN NAFAS
DAN DENYUTAN NADI....AMIN

P/S : GAMBAR DI PLANET SAMBAL ( SAMBIL MINUM CHOCO RINO DI MEJA 14 )