BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

jomheboh...( picture to share )





suatu kesempatan





akhirnya malam ini mampu jua aku untuk mengerah tenaga pemikiran dalam menulis apa saja yang ingin aku kongsikan bersama semua.

p/s : minggu ini sememangnya aku sibuk dengan JOMHEBOH yang berlangsung di PERKARANGAN PETRAJAYA KUCHIN, secara kebetulan aku telah dipilih untuk menjadi krew MYTV3 dan bertugas di urusetia. ( luckily i met all the tv personality, singers and actors ). selain itu, sengaja juga aku menyibukkan diri dengan persidangan DiRaja yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Baru...( bangga kamek !! )

apa yang ingin aku lakarkan pada malam ini adalah berkaitan dengan peluang, yang kadang kala akan selalu datang kepada kita dan memberi kesempatan dalam hidup. namun ada juga di antara kita melepaskan peluang itu sebegitu saja tanpa menyedari akan kepentingannya. di akhir perjalanan pula akhirnya akan menyesali kerana kesempatan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

kebetulan pula ada di antara kita yang selalu bernasib baik, mampu untuk mendapat peluang yang diiginkan dan ada juga di antara kita bersusah payah untuk mengambil peluang itu yang kadang kala akan hanya akan datang sekali saja dalam seumur hidup. namun sebenarnya kepayahan dalam mengejar peluang itu juga mampu untuk mematangkan pemikiran dan sikap rasional kita terhadap sesetengah perkara. mungkin ada yang menyedari dan mungkin juga ada di antara kita tidak sedar, namun perubahan itu tetap akan berlaku dan selari dengan usia yang semakin dewasa.

tapi kita semua harus sedar, kesempatan itu ada banyak. kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik juga merupakan satu kesempatan. kita manusia tetap akan menerimanya kerna kadang kala kesempatan yang kurang baik itu mempu mengubah hidup kita walaupun risiko untuk melakukannya akan membawa kepada jurang bahaya yang besar dalam sepanjang karier kehidupan.

seperti jua aku, mempunyai saat di mana aku dapat untuk menemui kesempatan dalam melakukan apa yang ingin aku lakukan dalam hidup, kerna ada juga kesempatan itu membawa kepada impian yang kita inginkan menjadi realiti dan impian yang tidak terlintas di fikiran kita juga akhir telah tertulis dalam masa silam kita dalam diari kehidupan. bukankah itu amat istimewa dan membawa makna dalam hidup?

jadi jika ada temui peluang atau kesempatan dalam hidup, jangan lepaskannya kerana kita tidak tahu kapan bila lagi ia akan datang kembali di depan mata kita....dan jangan juga mensiakan peluang yang sekecil zarah kerna kita tidak pasti jika peluang yang halus itu mampu membawa kepada kejayaan besar dalam hidup.

sekian....

NI PIC YANG BOLEH DISHARE....xoxo

Friday, July 24, 2009

sifat KETERBUKAAN ( open minded thinking )



akhirnya malam ini, dapat juga aku menemui ilham topik yang ingin aku kongsi bersama anda semua.kita selalu dengar pendapat orang di sekeliling tentang apa saja isu di dalam kehidupan terutamanya pendapat mereka tentang diri kita sendiri, tetapi adakah anda menerima pendapat atau kritikan itu sebagai sesuatu yang membina dan dengan sifat terbuka?

uhm...sudah pasti ada di antara kita yang mengatakan bahawa dirinya adalah open minded person tapi betul ker? kadang kala sifat keterbukaan yang ada pada individu itu ada hadnya.seperti gunung berapi aktif yang ingin meletus dan memuntahkan lavanya...hehe maksudnya kesabaran setiap individu adalah berbeza ( walaupun kita tahu sabar itu separuh daripada iman )

hidup di dunia serba moden, maju dan macam-macam ada ini menuntut kita untuk mengubah perspektif tentang kehidupan.lagipun sekarang manusia pun ada juga macam-macam ragam dan perangai yang pelbagai ( antaranya sex orientation ) termasuklah gay,lesbian dan bisexual.itu juga di antara aspek di mana sifat keterbukaan itu dituntut dalam kehidupan pada masa kini...dan bukannya menjadi katak di bawah tempurung lagi...

p/s : jadilah diri anda sendiri dan capailah apa yang anda mahu dalam kehidupan
dan jangan hanya mendiamkan diri kerana takut anda salah.jika tidak,hidup
anda takkan kemana dan hanya pada di tampuk lama dalam kelompangan kuno
pemikiran asli semata-mata.

salam sayang dan selamat menerobosi dunia tanpa sempadan pemikiran...

Wednesday, July 22, 2009

cemburu


aku mula mengerti bahawa tidak semestinya kita akan mendapa apa yang kita inginkan dalam hidup. setiap daripada apa yang dilihat melebihi daripada apa yang kita dapat dalam hidup itu sudah tentu sedikit sebanyak akan mengguris dan mengocak lubuk perasaan kita. walaupun kita cuba untuk menjadi insan yang tenang dan bersyukur dengan segala pemberian dariNya.

meskipun terusik itu jauh di sudut hati, namun kita tetap yakin akan datang waktu untuk kita mencapai apa yang perlu dan layak dicapai.sememangnya aku cemburu apabila melihat rakan-rakanku berjaya di awal perjalanan kehidupan mereka sebagai seorang yang menuntut ilmu dan terpelajar. tetapi aku tahu itu bukan bermakna kejayaan itu bukan milikku kerna aku yakin setiap manusia itu diberi rezeki oleh tuhan.

cemburu untuk mengecapi kehidupan yang indah lebih mewah.memang tercetus di hati dan pemikiran untuk segalanya menjadi begitu sempurna. bagai hidup seorang anak raja atau anak bangsawan seperti itu juga dalam mencapai apa jua keinginan.itu mimpi yang diidamkan setiap manusia kerna memang kita dicipta untuk mengejar dan mencapai satu kejayaan dan kesempurnaan.

Tuesday, July 21, 2009

cita cita


dari kecil lagi kita telahpun ditanam dan dididik di dalam jiwa untuk menyulam apa yang ingin kita kecapi pabila sudah menjangkau usia dewasa.ibu bapa kita pasti akan bertanya apakah cita-cita anaknya pabila sudah dewasa.apa yang diidamkan pastilah suatu kerjaya yang mampu memberi kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

sama ada ingin menjadi doktor,pendidik,jurutera mahupun polis kesemuanya adalah satu nilai murni dalam kehidupan untuk mencapai apa yang diidamkan.dan sudah tentu itulah yang menjadi satu tujahan perasaan kita dalam mula-mula melangkah ke alam persekolahan. bukan sekadar ingin ketemu teman-teman baru tetapi termasuklah mempelajari apa yang baru di dalam kehidupan.satu proses pembelajaran yang lebih formal.

tapi realitinya ada juga di antara kita tidak ke arah apa yang mula di cita kerna setiap impian dan cita itu bukanlah senang untuk dicapai dan digenggam.semua kita tahu bukan senang untuk menjadi mudah dan dan bukan susah untuk menjadi perit dalam kamus kehidupan.paling penting untuk kita cepat sedar apa yang kita temui dalam kesalahan untuk saat membuat pilihan kehidupan dan kerjaya.

contohnya, dulu citanya ingin menjadi seorang doktor yang kita kira dan tahu tugasnya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa manusia.tetapi atas sebab terkandas dalam peperiksaan ataupun pelajarannya makanya cita-cita itu manjadi impian sahaja kerana akhirnya haluannya terpaksa ditukar kepada apa yang mampu dicita.

sebab itulah dalam kehidupan ini, segala yang kita impikan mahupun idamkan itu tidak semestinya akan kita peroleh.dan setiap perancangan tentang bingkisan masa depan itu tidak semuanya akan berjalan seperti biasa dan lancar.pasti akan ada dugaan ataupun halangan yang akan menimpa.

tapi ada juga di antara kita terus mula lemah dalam pencarian untuk kejayaan dalam kehidupan,jadi jangan menjadi sedemikian kerana kita setiap manusia pasti akan menemui saat kita untuk menempa kejayaan,tetapi yang membezakan kita semua adalah masa dan bagaimana kita akan menemuinya nanti.

*gambar ini adalah gambar sewaktu masih lagi belajar dalam jurusan sains

satu permulaan...


untuk sekian kalinya aku ingin memulakan kembali apa yang telah aku biarkan sunyi sekian lama.dulu sememangnya aku ingin menjadi seorang penulis bebas yang mampu untuk menyampaikan cerita tentang kehidupan kita.sama ada masalah ataupun kejayaan yang dapat kita kecapi dalam hidup.

walaupun dunia kita ini sebenarnya ada hakikat yang perlu kita hadapi dan terima namun masih ada juga di antara kita percaya apa yang diilusikan dalam pemikiran dan idea itu masih lagi mampu untuk menjadi sesuatu yang benar ( realiti ) dan dapat dirasai oleh pancaindera kita.

mungkin perkongsian kisah dan tauladan ini boleh dimanfaatkan kita untuk kebaikan semua termasuklah segala idea yang bisa membuka luas pemikiran manusia.kadang kala juga kita tidak sedar bahawa apa yang terlintas di pemikiran kita itu juga boleh menjadi satu cara telahan minda dalam mengaplikasikan cara-cara untuk membina kehidupan yang lebih baik.

jadi kesimpulannya aku berharap apa yang aku ceritakan dan tulis ini mampu menjadi rujukan biasa yang boleh membawa impak besar dalam hidup individu itu sendiri kerna apa yang ingin aku sampaikan itu adalah satu saranan mahupun panduan yang bisa aku ceritakan dari pandangan dan pemerhatianku untuk satu kehidupan yang telah dikurniakan.

sekian untuk mukadimmah penceritaanku...

salam sayang